comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Sarjan mejar kritikal dipercayai jatuh bangunan sebelum majlis kahwin

 

LUMUT: Seorang sarjan mejar polis yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan semalam, dilaporkan kritikal selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah bangunan di sini.Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam jam 5.45 pagi semalam memaklumkan kejadian itu.

Foto hiasan

Katanya, anggota polis berkenaan sedang bercuti dari tugasnya di Pahang dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan semalam di kediaman keluarganya di Ayer Tawar.

“Mangsa kini dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di Hospital Seri Manjung. Motif kejadian belum diketahui dan sedang disiasat polis,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau meminta mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, Inspektor N Ravinthiran di talian 019-6508489 untuk membantu siasatan.

Loading...
Terkini