comscore
Tumpuan :
Nasional

Satu Kes COVID-19 Varian Baharu Dikesan

Gambar hiasan

Kementerian Kesihatan (KKM) melalui satu kenyataan hari ini memaklumkan satu kes COVID-19 varian UK B.1.1.7 telah dikesan di Malaysia.

Kes dilaporkan dari seorang pengembara yang mempunyai sejarah perjalanan ke United Kingdom, London pada Disember 2020.

Pengembara tersebut didapati positif pada 28 Disember 2020 dan telah diasingkan untuk rawatan lanjut.

Sejak Oktober 2020, KKM telah melakukan pemantauan terhadap kesemua pengembara dari negara-negara yang telah melaporkan kes mutasi varian ini termasuk United Kingdom, Belanda, Singapura, Turki, Filipina dan India.

Setakat 11 Januari 2021, tiada penularan dalam negara telah dikesan berkaitan virus mutasi tersebut.

KKM melalui Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan CPRC Kebangsaan akan sentiasa memantau perkembangan mutasi UK B.1.1.7 ini dan akan memaklumkan dari semasa ke semasa.

Mutasi UK B.1.1.7 ini didapati tidak menyebabkan simptom yang lebih teruk, tetapi ia boleh menular dengan mudah dan cepat.

Orang ramai dinasihati agar sentiasa mengamalkan kebersihan kendiri dengan kerap membasuh tangan, memakai pelitup muka di tempat awam, dan menjaga penjarakan fizikal setiap masa.

Loading...
Terkini