comscore
Tumpuan :
Nasional

Satu lot kedai pusat beli-belah di Bandar Utama terbakar

KUALA LUMPUR: Satu lot kedai yang sedang diubah suai di tingkat bawah sebuah pusat beli-belah di Bandar Utama, Petaling Jaya, terbakar awal pagi tadi.

Komander operasi, Timbalan Penguasa Bomba II Ramli Harun berkata, Pusat Gerakan Operasi Selangor menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu pada jam 4.26 pagi.

“Seramai 25 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara, BBP Petaling Jaya, dan BBP Sungai Buloh bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan Bomba di tempat kejadian mendapati kebakaran melibatkan lot kedai yang sedang diubahsuai berkeluasan 300 kaki persegi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ramli berkata, anggaran peratusan terjejas akibat kebakaran adalah sebanyak 95 peratus.

“Kebakaran ini tidak melibatkan kemalangan jiwa. Operasi ditamatkan pada jam 7 pagi,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini