comscore
Tumpuan :
Nasional

Sawah padi dalam bandar

Padi yang dituai di Kebun Bandar @ Cyberjaya dibanting secara tradisional bagi mengeluarkan beras. – FOTO: NSTP

CYBERJAYA: Tidak ubah seperti suasana kampung,  projek penanaman padi di dalam bandar menjadi inspirasi Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) bagi mewujudkan semangat kampung dalam kalangan kakitangan.

Yang Di Pertua MPSepang, Datuk Abd Hamid Hussain berkata, projek permulaan idea dizahirkan beliau itu dimulakan pada 15 Oktober lalu dengan keluasan petak 137.5 meter persegi.

Menurutnya, jenis padi yang ditanam adalah MR297 Siraj yang diselia oleh Jabatan Landskap, MPSepang.

Katanya, MPSepang menyediakan sistem pengairan seperti sawah padi lain dan pemantauan baja secukupnya sehingga ia berjaya dituai.

Sawah padi Kebun Bandar @ Cyberjaya mendapat tarikan daripada kakitangan MPSepang. – FOTO: NSTP

“Sawah padi ini adalah sebagai projek rintis dan Alhamdulillah berjaya dilaksanakan serta bercadang mengembangkannya selepas ini,” katanya ketika ditemui pada program menuai padi, Selasa lalu.

Program menuai padi itu mendapat tarikan daripada kakitangan kerana ia diadakan secara tradisional dituai menggunakan sabit dan dipukul bagi mengeluarkan beras.

Tujuan utama mewujudkan sawah padi itu adalah mendedahkan suasana kampung di tengah bandar serta memberi pendedahan kepada generasi masa kini mengenai aktiviti sawah bendang.

Program itu juga dapat mewujudkan rantaian keterjaminan food sekuriti negara dan tidak mustahil sawah padi juga sebenarnya boleh diwujudkan di tengah bandar menerusi sistem teknologi moden sekiranya diurus dengan betul.

Bagi menjayakan tanaman padi Kebun Bandar @ Cyberjaya ini, lebih 400 pelbagai spesies pokok buah buahan ditanam dan membina sebuah kolam ikan seluas dua hektar berhampiran pejabat.

“Pada masa depan, kita bercadang menambah plot petak padi kepada empat plot dam menambahbaisistem pengairan yang moden serta bersepadu supaya penghasilan padi berada pada tahap 80 peratus,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini