comscore
Tumpuan :
Nasional

“Saya beri keterangan esok,” Tony Pua

Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Tony Pua dalam kenyataan berbaur sinis, malam ini, menyifatkan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain, sebagai sangat cekap serta pantas bertindak berhubung laporan polis yang difailkan terhadapnya.

Dalam hantaran melalui Facebook itu, bekas Setiausaha Publisiti DAP berkenaan turut memaklumkan bahawa beliau akan memberi keterangan kepada polis di Bukit Aman pada jam 1 tengah hari esok.

“Ah. Tidak boleh lari selepas apa yang berlaku.

“KPN sendiri bertindak sangat pantas, amat cekap dan bekerja lebih masa pada Ahad, memberikan perhatian peribadi kepada laporan-laporan polis yang mungkin difailkan oleh ‘budak-budak’ UMNO,” katanya.

Polis Diraja Malaysia (PDRM ) mengesahkan menerima laporan polis berhubung kenyataan Pua menghina institusi diraja.

Terdahulu, Razarudin memaklumkan, hantaran Pua yang telah dimuat naik di media sosial sebelum ini menghina Sultan Pahang berhubung pengampunan Datuk Seri Najib Razak, bermotifkan menghasut orang ramai membenci dan menghina Institusi Diraja.

Beliau berkata, Pua akan dipanggil bagi membantu siasatan esok di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini