comscore
Tumpuan :
Nasional

“Saya hanya jumpa seorang mangsa bot terbalik berpaut pada tunggul kayu” – Saksi

 

Pasukan Bomba dan Penyelamat (JBPM) bergerak melakukan operasi pencarian di Empangan Pedu.

Oleh: Kumaran Rajamoney

KUALA NERANG: “Saya nampak mangsa berpaut pada tunggul kayu, dalam keadaan sangat penat.”

Itu antara pengalaman yang dikongsi tekong bot, Ismail Abdullah yang menjadi individu pertama membantu menyelamatkan mangsa bot terbalik di Empangan Pedu, di sini lewat petang semalam.

Tekong bot, Ismail Abdullah merupakan individu pertama yang berjaya mengesan salah seorang mangsa yang sedang berpaut pada tunggul kayu.

Jelasnya, mangsa ditemui sekitar jam 6 petang, selepas kira-kira sejam berpaut pada tunggul kayu itu.

“Saya ternampak bot mangsa ketika sedang dalam perjalanan pulang ke tebing. Namun, hujan mula turun dan saya memilih untuk berlindung di kawasan selamat di tepi sebuah pulau.”

“Saya kemudiannya dihubungi oleh rakan tekong memaklumkan mengenai kehilangan kedua-dua mangsa itu. Saya menghampiri kawasan kejadian sebelum ternampak seorang daripadanya melambai lesu sambil berpaut pada tunggul kayu,” katanya.

Situasi selepas mangsa yang berpaut pada tunggul kayu berjaya diselamatkan.

Mangsa berusia lingkungan 50-an itu katanya dalam keadaan sangat lemah, dan tidak dapat berkomunikasi dengan baik.

“Komunikasi bersama tekong lain mengesahkan dua mangsa menaiki bot itu. Justeru, kejadian itu kemudiannya telah dilaporkan kepada pihak berkuasa, yang memulakan operasi pencarian mangsa yang dipercayai lemas itu.”

Dalam kejadian petang semalam, kedua-dua mangsa dipercayai turun ke Empangan Pedu sekitar jam 8 pagi untuk memancing dengan menyewa sebuah bot tanpa tekong.

Bot itu dipercayai terbalik dipukul arus deras ketika hujan sekitar jam 4 petang, menyebabkan kedua-dua mangsa jatuh ke dalam empangan itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini