comscore
Tumpuan :
Nasional

Saya tahu penahanan anak, menantu selepas dimaklumkan rakan – Datuk Zayn

Gambar kenangan, Zahari Mohd Reba bersama cucu kesayangan, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

PETALING JAYA: Datuk kanak-kanak autistime, Zayn Rayyan Abdul Matiin berkata dia mendapat tahu mengenai penahanan anak lelakinya serta menantu menerusi rakannya.

Menurut Zahari Mohd Reba, 55, dia tidak mempunyai maklumat yang jelas berhubung penahanan mereka.

Katanya, perkembangan itu diketahuinya melalui rakan yang turut mengikutnya melakukan ekspedisi di sebuah hutan di Dungun, Terengganu.

“Buat masa sekarang saya tidak boleh ulas apa-apa sebab sekarang sedang berada di luar dan baharu keluar dari hutan di Dungun Terengganu.”

“Jadi jaringan internet tidak begitu kuat, saya hanya dimaklumkan penahanan itu daripada rakan-rakan sahaja,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Zahari berkata keluarganya tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga dia pulang dan berbincang bersama keluarga.

“Keluarga saya tidak dapat keluarkan kenyataan buat masa ini, tunggu sehingga saya pulang,” katanya.

Ibu bapa kanak-kanak autisme itu ditahan dipercayai selepas polis menemui bukti baharu dalam siasatan kes pembunuhan Zayn pada Disember tahun lalu.

Pasangan itu, masing-masing umur 28 tahun ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah D9 (Siasatan Khas) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada Jumaat lalu di kediaman keluarga mereka di Puncak Alam pada pukul 10.25 pagi.

Ketika ini, kedua-dua mereka masih dalam tahanan reman selama tujuh hari seperti yang dibenarkan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini