comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] “Saya tak akan bina mercu tanda baharu” – Anwar

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berhasrat membina mercu tanda baharu bagi mengingati tempoh pentadbirannya.

Beliau berkata, pelbagai mercu tanda sedia ada seperti Menara Berkembar PETRONAS dan Menara TRX sudah mencukupi.

 

Katanya, beliau tidak mahu bersaing dalam membina mercu tanda.

“Saya jaga Kuala Lumpur. Cukup mercu tanda Menara Berkembar, TRX. Saya takkan bersaing.

“Bawah Anwar, saya tak berhajat buat petanda. Saya fikir yang perlu ialah menjana keupayaan kota, kebersihan, keindahan dan ruang untuk perusahaan kecil sederhana (PKS) serta tumpuan kepada golongan penjaja, (pengusaha) warung yang mencecah beratus orang tetapi tidak diberi tumpuan kerana gerai berkenaan dilihat dengan jelek,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Dialog Belanjawan 2023, di Kementerian Kewangan, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Loading...
Terkini