comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] “Saya tak akan letak jawatan” – Sivakumar

 

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, beliau tidak akan meletak jawatan susulan siasatan dakwaan rasuah sedang dijalankan terhadap pegawainya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau mengulas gesaan pihak tertentu yang memintanya bercuti selepas beliau dipanggil SPRM bagi membantu siasatan terhadap pengambilan pekerja asing, yang menyaksikan tiga pembantunya ditahan.

Bercakap kepada NST, beliau berkata akur dengan pendirian Perdana Menteri bahawa beliau tidak perlu meletakkan jawatan.

17 April lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak ada keperluan untuk Sivakumar bercuti kerana beliau hanya dipanggil untuk memberi kenyataan kepada SPRM, serta tiada pertuduhan dikenakan terhadap menteri itu.

SPRM menahan tiga pembantu Sivakumar dan membebaskan mereka selepas reman selama empat hari tamat pada 17 April lalu.

Loading...
Terkini