HOME / Nasional

“Saya Tidak Mahu Budaya Kerja Yang Toksik Di Hospital” – Khairy

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menegaskan supaya budaya kerja toksik di hospital di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) perlu ditangani.

Menerusi hantaran di Twitter, beliau yang menyifatkan suasana persekitaran kerja yang amat berbeza antara ‘zaman dahulu’ dan sekarang, mahukan supaya suasana hormat menghormati dan saling menyokong antara rakan sekerja perlu diwujudkan.

Khairy mendengar sendiri pengalaman doktor pelatih sebelum mereka memulakan ‘rounds’ pada jam 6 pagi di Hospital Selayang pagi tadi.

“Zaman dahulu dan zaman sekarang lain. Work environment mesti ada respect, support & empowering. Bukan abusive & humiliating,” katanya.

Kenyataan itu diutarakan Khairy selepas mendengar sendiri pengalaman doktor pelatih sebelum mereka memulakan ‘rounds’ pada jam 6 pagi di Hospital Selayang pagi tadi.

“Banyak perkara yang diluahkan kepada saya. Ada jabatan yang mempunyai ‘work environment’ yang bagus. Ada pula yang boleh diperbaiki”, ujarnya.

Dalam pada itu, Khairy memaklumkan, anggota pasukan petugas bebas akan diumumkan petang ini.

Pasukan berkenaan diberi masa dua bulan untuk siasat budaya kerja di hospital-hospital serta isu buli dan syor untuk memperbaiki keadaan budaya kerja Kementerian Kesihatan akan dibuat.

Pada 17 April lepas, seorang doktor pelatih lelaki berusia 25 tahun ditemukan maut dipercayai terjatuh dari unit kediamannya di bangunan berhampiran Hospital Pulau Pinang, dan semalam Khairy memaklumkan Unit Integriti KKM diarah menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan buli di hospital itu.