comscore
Tumpuan :
Nasional

Sebahagian besar Kuala Kangsar bergelap

Antara kawasan mengalami gangguan bekalan elektrik di Kuala Kangsar. – Foto ihsan pembaca

KUALA KANGSAR: Permasalahan di Pencawang Masuk Utama (PMU) kendalian Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Empangan Chenderoh, di sini, dikenal pasti punca sebahagian besar kawasan di bandar ini, termasuk pusat bandar, bergelap lebih sejam lalu.

Keadaan bermula kira-kira jam 8.50 malam itu turut menjejaskan lalu lintas apabila lampu isyarat di beberapa persimpangan tidak berfungsi akibat gangguan bekalan elektrik, selain lampu jalan di beberapa lokasi juga tidak bernyala.

TNB Careline dalam hantaran melalui Facebook, malam ini, menjelaskan pasukan teknikal TNB sedang berada di lokasi bagi melakukan kerja membaik pulih bekalan elektrik yang terputus.

“Pelanggan yang dihargai, gangguan bekalan elektrik sedang berlaku di sekitar kawasan Kuala Kangsar, Perak, disebabkan permasalahan di PMU Chenderoh.

“Pasukan teknikal kami sedang berada di lokasi untuk melakukan kerja membaik pulih bekalan elektrik.

“Kesabaran anda sangat kami hargai, dan segala kesulitan amat dikesali,” katanya.

Pengguna juga dinasihatkan berhati-hati ketika mengendalikan peralatan elektrik, terutama ketika berlaku gangguan bekalan elektrik memandangkan bekalan itu mungkin akan dipulihkan pada bila-bila masa. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini