KUALA LUMPUR: Sebuah kereta dan tiga buah motosikal terbakar di kawasan tempat letak kenderaan di sebuah pangsapuri di Pantai Dalam ibu negara petang tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 3.58 petang.
Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai dikejarkan ke lokasi kejadian.
Kebakaran bagaiamanapun berjaya dipadamkan orang awam sebelum pasukan bomba tiba.
Punca kebakaran masih dalam siasatan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.