KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) perlu segera mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan arang batu dan mesti beralih kepada tenaga baharu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, peralihan itu perlu memandangkan dunia kini menuntut sedemikian khususnya dalam mendepani fenomena perubahan iklim.
“TNB perlu segera melakukan peralihan (tenaga) ini, membuat persiapan untuk terus merangka melalui penyelidikan supaya peralihan tenaga kita berjalan dengan rapi dan berkesan,” katanya berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-75 TNB di Pusat Konvensyen Leo Moggie di ibu pejabat TNB di sini hari ini.
Turut sama hadir, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Pengerusi TNB, Tan Sri Abdul Razak Abdul Majid.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.