comscore
Tumpuan :
Nasional

Sekolah Di Kelantan Ditutup Sehingga Aidilfitri

Penutupan semua sekolah dan institusi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Kelantan yang bermula 3 Mei ini dilanjutkan sehingga cuti Aidilfitri.

Sebelum ini media melaporkan penutupan membabitkan 596 buah sekolah di Kelantan adalah sehingga 1 Mei. 

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Zulkernai Fauzi berkata seperti yang ditetapkan Kementerian Pendidikan sesi persekolahan akan dilaksanakan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pada 16 hingga 27 Mei.

“Semua sekolah akan bercuti pertengahan tahun bermula 28 Mei hingga 12 Jun dan akan dibuka semula pada 13 Jun,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. 

Pada Selasa (27 April), Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan lanjutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini sehingga 17 Mei berikutan peningkatan kes COVID-19.

Semalam, Kelantan merekodkan 401 kes positif baharu COVID-19 dengan 32 kluster yang masih aktif.- BERNAMA

Loading...
Terkini