comscore
Tumpuan :
Nasional

Selamat selepas 17 jam hanyut, terapung di laut

Bot dinaiki pengawal keselamatan berusia 28 tahun ditemukan terdampar di Pantai Mek Mas, Kampung Kedai Buloh, Kota Bharu. FOTO: NSTP

KOTA BHARU: Berpantang maut sebelum ajal. Demikian nasib seorang pengawal keselamatan yang ditemui selamat, selepas hilang di laut hampir 17 jam akibat terjatuh dari bot kendaliannya di luar Pantai Mek Mas di sini, petang semalam.

Mangsa, Muhamad Nursharif Mat Nasir, 28, ditemukan nelayan tempatan jam 10.30 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu, Zukeri Shafie berkata, mangsa dijumpai dalam jarak 6.3 batu nautika dari barat laut Pantai Mek Mas.

“Keadaan mangsa agak lemah mungkin disebabkan tempoh yang agak lama berada di tengah laut dan menurut mangsa, dia berenang tanpa henti dalam usaha menyelamatkan diri.

“Mangsa terjatuh ke laut ketika ingin menarik pukat yang digunakan untuk menangkap sotong, namun tergelincir dan sepanjang berenang tanpa sebarang peralatan itu, mangsa ada ternampak bot nelayan lain dan cuba meminta tolong.

“Bagaimanapun, sebaik ditemukan sekumpulan nelayan lain pagi tadi, mangsa diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ) untuk rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di Jeti Kuala Besar di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki dikhuatiri hilang di laut selepas bot nelayan tanpa tuan, ditemukan terdampar di Jalan Pantai Mek Mas, Kampung Kedai Buloh di sini, malam tadi.

Bot itu dijumpai orang awam sebelum menyedari ia milik Muhamad Nursharif namun mangsa didapati terjatuh ke laut ketika memukat sotong semalam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini