comscore
Tumpuan :
Nasional

Selangor sasar pelaburan RM50 bilion tahun ini

Amirudin ditemui media selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 di Shah Alam, hari ini – FOTO: NSTP

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyasarkan nilai pelaburan negeri itu tahun ini sebanyak RM50 bilion berbanding RM45 bilion tahun lalu.

Beliau yakin sasaran yang agak tinggi itu boleh dicapai berikutan perkembangan ekonomi yang semakin baik, malah mampu menambah sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sehingga 0.5 peratus pada tahun ini.

“Kita meletakkan nilai yang agak tinggi sedikit sampai ke RM50 bilion dan Insya-Allah kita boleh capai. Tahun lalu keseluruhan lebih RM45 bilion.

“Jika minimum kita dapat meningkatkan 0.4 peratus hingga 0.5 peratus daripada apa yang kita sumbangkan sekarang, makna daripada lebih 25 peratus mungkin kepada sehingga 26 peratus sumbangan KDNK negara.

“Tetapi saya hendak lihat dahulu (angka rasmi) tahun 2023 sebab data belum dikeluarkan lagi oleh pihak Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berkaitan prestasi ekonomi dan pelaburan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Amanat Tahun Baharu Menteri Besar Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, SUK di sini hari ini.

Pada 2022, Selangor mencatatkan sejarah tersendiri apabila sumbangan negeri itu kepada KDNK Malaysia melebihi satu perempat ekonomi negara iaitu pada kadar 25.5 peratus, dengan kenaikan sebanyak 0.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Sementara itu ketika menyampaikan amanat tahun baharu Amirudin meminta agar penjawat awam lebih responsif dalam memberikan maklum balas sebarang isu di negeri ini.

Jelas beliau, rakyat perlu mendapat maklum balas segera berhubung sebarang isu terutamanya yang tular di media sosial.

“Macam malam semalam, ada pengguna media sosial yang tularkan mengenai isu berkaitan kuil di Batu Caves di aplikasi X.

Loading...
Terkini