comscore
Tumpuan :
Nasional

Selangor tetapkan 18 November sebagai cuti umum

 

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menetapkan 18 November ini sebagai cuti umum bagi memudahkan pengundi yang bukan rakyat negeri ini untuk pulang mengundi di kampung halaman masing-masing.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata berikutan pendaftaran secara automatik serta penurunan had umur pengundi, Selangor mempunyai bilangan pengundi paling ramai di seluruh Malaysia iaitu sebanyak 3,677,848 orang.

“Terdapat juga jumlah besar warga Malaysia yang bekerja dan bermastautin di Selangor tetapi mengundi di kampung halaman mereka di negeri lain.

“Oleh yang demikian, kerajaan negeri memutuskan secara amnya untuk memberikan cuti umum sehari sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) iaitu pada Jumaat, 18 November.

“Pentadbiran ini juga berharap Perdana Menteri dapat memberikan pelepasan yang sama kepada seluruh rakyat Malaysia supaya seramai mungkin rakyat dapat menunaikan tanggungjawab dalam menentukan masa depan negara pada 19 November ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini