comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Selepas 125 tahun, SK St Paul terima murid perempuan


SEREMBAN: Sekolah Kebangsaan (SK) St Paul di sini yang dahulunya hanya mempunyai murid lelaki, kini mencatat sejarah apabila buat pertama menerima 10 murid perempuan tahun satu, selepas 125 tahun penubuhannya.

Pengerusi Lembaga Pengurus sekolah berkenaan Dr Mahadevan Deva Tata berkata, pengambilan murid perempuan itu berikutan kekurangan kemasukan murid baharu ke sekolah itu sejak lima tahun lalu.

Kemasukan murid tahun satu ke sekolah itu menurun kepada kira-kira 70 murid sahaja, berbanding kebiasaannya lebih 100 murid yang mendaftar.

“Kawasan ni semua ialah kawasan yang penduduk semua sudah berumur, so takde apa-apa murid baru datang dari sini, so semua sudah pergi ke SK Seremban Dua. Selepas tu kita juga tengok, ada yang hantar anak lelaki di sini, anak perempuan di sekolah lain,” kata Dr Mahadevan.

Sebagai permulaan SK St Paul hanya menerima murid perempuan tahun satu sahaja, walaupun ada ibu bapa yang mahu mendaftarkan anak perempuan mereka bagi tahun dua dan tiga.

Persiapan dibuat sejak dua bulan lalu, termasuk pengasingan tandas, selepas insiatif diluluskan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

Dengan pengambilan itu jumlah murid tahun satu kini meningkat kepada 102 orang dan diharap meningkatkan potensi sekolah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini