KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan membentangkan laporan mereka mengenai Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) tengah hari ini, selepas lima bulan menjalankan prosiding.
PAC mula menyiasat LTAT selepas Laporan Ketua Audit Negara (KAN) 2022 menyorot kelemahan dalam LTAT yang mencatatkan baki negatif dalam rizab mereka sejak 2020, yang berjumlah RM376 juta.
Pada 2021, rizab mereka berjumlah RM285 juta dan jumlah itu terus meningkat kepada RM338 juta pada 2022.
Jawatankuasa ini memulakan prosiding terhadap LTAT pada 20 Jun lalu dengan memanggil bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ahmad Nazim Abd Rahman dan bekas Pengarah Kanan Strategi LTAT, Dayana Rogayah Omar.
Pengerusi PAC, Mas Ermieyati Samsudin berkata, rizab negatif itu menimbulkan kebimbangan mengenai keupayaan LTAT untuk membayar dividen kepada penyumbangnya.
Beliau berkata, prosiding PAC itu dijalankan berdasarkan Peraturan Tetap 77(1)(c).
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.