comscore
Tumpuan :
Nasional

Seleweng derma: SPRM mohon reman suami isteri 

PUTRAJAYA: Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi mendapatkan perintah tahanan reman bagi membantu kes menyeleweng kutipan derma.

Dua lelaki lain turut dibawa bersama pasangan suami isteri itu yang disyaki terbabit dalam kes berkenan.

Empat individu berkenaan yang menaiki van Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiba di Mahkamah Putrajaya jam 9.15 pagi.

Mereka ditahan semalam.

Menurut sumber, pasangan suami isteri itu ditahan SPRM pada jam 6.40 petang bagi membantu siasatan selepas membuat kutipan derma melebihi jutaan ringgit, namun difahamkan wang itu tidak disalurkan secara betul.

Sebelum ini, pempengaruh terbabit menerusi peguamnya menafikan semua dakwaan penyelewengan dan pecah amanah membabitkan dirinya seperti yang tular di media sosial, sejak kebelakangan ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini