comscore
Tumpuan :
Nasional

Seluruh negara alami hujan lebat, ribut petir hingga Sabtu

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Hampir seluruh negara, dijangka mengalami hujan lebat dan ribut petir mulai hari ini hingga Sabtu.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, pagi ini hujan dialami di beberapa tempat di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah (Kudat), selain satu dua tempat di Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Labuan).

Sebelah petang ini, ribut petir dijangka berlaku di satu dua tempat di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Melaka, Selangor, Negeri Sembilan , Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang) dan Sabah (Pantai Barat dan Kudat).

Malam nanti, hujan dijangka berlaku di beberapa tempat di Pahang dan Terengganu, selain satu dua tempat di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Perak, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang) dan Sabah (Pantai Barat, Sandakan dan Kudat).

Esok (Jumaat), hujan di beberapa tempat dijangka dialami di Pahang, Kelantan, Terengganu dan Sabah (Pantai Barat), selain satu dua tempat di Johor, Perak dan Sabah (Pedalaman dan Tawau).

Petang esok, ribut petir dijangka membadai Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang) dan Sabah (Pantai Barat, Sandakan dan Kudat).

Sebelah malam, hujan dijangka berlaku di beberapa tempat di Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah (Sandakan, Tawau dan Kudat); manakala satu dua tempat di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

MetMalaysia turut memaklumkan, pada pagi Sabtu, hujan dijangka melanda kebanyakan tempat di Pahang, Kelantan, Terengganu, manakala satu dua tempat di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

Pada petang Sabtu, ribut petir dijangka membadai Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak (Kuching, Limbang, Serian, Samrahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, SIbu, Mukah, Kapit, dan Miri) dan Sabah (Labuan).

Selain itu, pada sebelah malam, MetMalaysia menjangkakan hujan di kebanyakan tempat di Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu, manakala satu dua tempat di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor dan Sabah (Sandakan dan Kudat).

Amaran ribut petir juga dijangka melanda satu dua tempat di Sabah membabitkan Pedalaman, Pantai Barat dan Labuan.

Loading...
Terkini