comscore
Tumpuan :
Nasional

‘Semai benih perpaduan, buang mesej kebencian..’ – PM Anwar

Foto: Anwar Ibrahim / Facebook

KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Ulang Tahun Ke-50 Wilayah Persekutuan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia untuk menyemai benih budaya perpaduan dan membuang mesej berbaur kebencian dengan sikap berkasih sayang juga rahmah antara satu sama lain.

‘Semailah benih budaya perpaduan dan membuang mesej berbaur kebencian dengan sikap berkasih sayang juga rahmah antara satu sama lain.’

Dalam kenyataan di Facebook, Perdana Menteri berkata ini juga selaras dengan konsep Madani yang menuntut rakyat Malaysia menyantuni semua dan bermuafakat dalam menjayakan agenda pembangunan di negara ini.

Beliau turut mengucapkan selamat menyambut Ulang Tahun Ke-50 kepada seluruh warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“Semoga Wilayah Persekutuan terus maju, mampan dan sejahtera,” katanya.

 

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini