comscore
Tumpuan :
Nasional

Semua agensi di Kelantan diarah ambil langkah perlu bantu rakyat terjejas banjir

KOTA BHARU: Semua agensi terbabit termasuk wakil rakyat di negeri Kelantan diarah supaya mengambil langkah perlu bagi membantu rakyat yang dilanda banjir.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, ia susulan daerah Pasir Puteh dan Bachok yang sudah mula dilanda banjir sehingga ada mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Beliau juga meminta rakyat Kelantan supaya sentiasa peka kepada situasi cuaca.

“Patuhi arahan pihak berkuasa terutama arahan untuk berpindah sebelum Maghrib, awasi keselamatan ahli keluarga, kanak-kanak dan orang tua.

“Sama-sama kita menunaikan solat hajat dan berdoa kepada Allah SWT untuk memohon keselamatan dan kesejahteraan agar negeri kita dilindungi daripada banjir besar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan (buruk) dan hasil simulasi model ramalan banjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan kejadian banjir akibat limpahan air sungai boleh berlaku sekiranya hujan yang signifikan terus berlaku di Kelantan.

“Paras air Sungai Golok dan Sungai Jawi, di Pasir Mas serta Sungai Kelantan, Pasir Puteh menunjukkan peningkatan,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini