Tumpuan :
Nasional

Semua lorong arah utara lebuh raya PLUS terhalang akibat nahas treler

Foto orang awam

KUALA LUMPUR: Semua lorong arah utara lebuhraya utara selatan PLUS terhalang berikutan nahas membabitkan treler awal pagi tadi.

Menurut Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), kemalangan berlaku di KM 262.9 arah utara dari Ipoh (U) ke Kuala Kangsar.

Kemalangan menyebabkan trafik perlahan sepanjang 2km.

Sehubungan dengan itu, laluan kontra arah selatan telah diaktifkan dari KM262.6 hingga KM263.7.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini