comscore
Tumpuan :
Nasional

Semua pihak memerhati, polis tidak boleh kerja lebih kurang – Pengarah JSJK Bukit Aman 

KUALA LUMPUR: “Semua pihak sedang memerhati, kesedaran orang ramai juga semakin meningkat jadi (polis) tidak boleh buat (kerja) lebih kurang,” itu amanat penting yang disampaikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf terhadap 247 sarjan percubaan yang menamatkan latihan asas Kepolisan Sarjan Percubaan Siri 1/2023 di Pusat Latihan Polis di ibu negara hari ini.

Katanya dua fokus utama yang perlu dijadikan landasan setiap warga PDRM adalah bertugas dengan integriti dan tata kelolo yang baik serta mendukung dasar kerajaan ke arah kesejahteraan masyarakat.

“Dalam keadaan sekarang ini ditambah dengan darah muda, dia punya godaan itu memang banyak, jangan sewenangnya wenangnya salah guna kuasa atau amalkan rasuah,” katanya ketika ditemui selepas majlis terbabit.

Turut hadir, Komandan Pulapol Kuala Lumpur,Senior Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar bagi menyaksikan seramai 247 pelatih menamatkan latihan selama sembilan bulan bermula September lalu.

Ramli berkata, kehadiran anggota baharu itu merupakan satu penambahan yang amat dialu-alukan bagi menambah baik kecekapan tugas-tugas penyiasatan di setiap jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, barisan sarjan muda yang berpendidikan tinggi berkenaan kebanyakannya bakal diserap sebagai penolong pegawai penyiasat mampu meningkat produktiviti bagi memberikan perkhidmatan lebih efisien kepada masyarakat.

“Setakat ini sudah ada tiga (siri) pengambilan dengan jumlah yang hampir sama dan memang ada dia punya kesan (kepada PDRM).

“Macam saya kata tadi new blood (darah muda) jadi dia orang masih muda, masih bersemangat untuk jalankan tugas-tugas aio (penolong pegawai penyiasat) kerana ada tugas itu sesuai dengagolongan darah muda ini,” ujarnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini