comscore
Tumpuan :
Nasional

Semua projek dilaksana perlu sedia laporan bulanan untuk pemantauan – PM

 

Foto: NSTP

KUALA SELANGOR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya setiap jabatan, agensi kerajaan dan kementerian menyediakan laporan bulanan bagi setiap projek yang dilaksanakan.

Ujarnya, menerusi langkah itu, pemantauan dapat dilakukan sekali gus meyakinkan semua bahawa apa saja projek yang diumumkan kerajaan akan tetap dilaksanakan.

“Kalau tidak (dipantau dan disediakan laporan bulanan) apabila kita umum projek tetapi pelancarannya hanya dilaksanakan sebelum pilihan raya, jadi saya nampak tiada kesungguhan.

“Jadi saya harap, budaya ini (laporan bulanan) daripada penjawat awam ke jabatan, agensi dan kementerian serta menteri dapat dilaksanakan supaya dapat kita pantau dengan baik,” katanya ketika berucap pada penutupan Program MADANI Rakyat Zon Tengah hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini