comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Seniwati legenda bebas kanser usus tahap tiga

 

Oleh: Mas Zharif Zhafri Aziz Desa

SUBANG JAYA: Seniwati negara, Datuk Sarimah Ahmad kini bebas kanser usus tahap tiga selepas dikesan pada 2020.

Bintang lagenda yang terkenal sejak era Studio Jalan Ampas itu, mendedahkan beliau sudah pulih daripada penyakit itu, selepas menjalani pembedahan.

Beliau berkongsi kisah itu kepada media di kediamannya di Subang Jaya, Selangor, siang tadi.

Ujarnya, pada serangan awal kanser aktres berusia 82 tahun ini menjelaskan mengalami kesakitan pada bahagian abdomen sebelum beliau jatuh pengsan di bilik air.

“Anak bongsu saya yang bawa saya ke hospital pada ketika itu sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakkan PKP, tetapi tidak boleh masuk (wad) sebab takut saya ada Covid-19.

“Apabila disana, saya menjalani pemeriksaan kesihatan yang terperinci dan baru diketahui saya menghidap kanser usus.” katanya kepada Buletin TV3 di kediamannya.

Sejak itu beliau dinasihatkan pakar perubatan untuk segera menjalani pembedahan.

Datuk Sarimah yang pernah dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-2 pada 1981 menerusi filem Dia Ibuku berkata, kini beliau banyak mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan organik demi mengekalkan kesihatannya pada tahap optimum.

Terdahulu Setiausaha Politik Perdana Menteri,  Ahmad Farhan Fauzi mengunjungi Datuk Sarimah menerusi Program Ziarah Madani.

“Saya menghargai sumbangan yang diberikan Perdana Menteri ini, walaupun saya tidak meminta.

“Sebab itu anak saya selepas tidak sanggup tengok mak macam-macam orang buat.”

Aktres yang pernah berlakon bersama Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam filem Madu Tiga turut mendedahkan menghadapi masalah kewangan untuk membiayai kos rawatan.

Beliau disaran pihak tertentu supaya berkongsi penderitaannya kepada masyarakat bagi meringankan beban yang ditanggung.

Selain Datuk Sarimah, Ahmad Farhan turut menziarah pelakon veteran Dharma Harun di Wangsa Maju.

Kehadiran wakil Perdana Menteri dalam menghulurkan sumbangan itu menyuntik semangat artis legenda berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini