comscore
Tumpuan :
Nasional

‘Seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak, tetapi 10 orang anak…’

Tangkap layar TikTok @mpv_shah

KUALA LUMPUR: “Allah…sedihnya….betullah seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak, tetapi 10 orang anak tak boleh nak jaga seorang ibu.”

Itu antara komen menyentuh hati diluahkan netizen bernama Alex di akaun media sosial TikTok @mpv_shah yang berkongsi video tentang kehidupan seorang warga emas.

@mpv_shah Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada👮🏻‍♂️ (Polis Bantu Ibu Yang Rajin dan Tabah) #fyp #fypシ゚viral @VEMPIRE MALAYSIA @Haziq_a.l @AKSO MALAYSIA #aksosupapro #optimizetomaximize #aksosupapro12kpuff ♬ suara asli – Allginanjar

Melalui video itu, @mpv_shah menghampiri seorang wanita warga emas yang sedang mencari kotak dan tin pada awal pagi dan berborak dengannya.

Warga emas itu kemudiannya menerangkan bahawa dirinya mencari kotak dan tin untuk dijual demi mencari makan kerana tidak mahu menyusahkan anak.

“(Anak) ada tanggungan, saya masih boleh buat…suami sudah meninggal,” katanya.

Keperitan hidup wanita warga emas demi kelangsungan hidupnya itu menjentik hati anggota polis peronda itu.

Dia kemudiannya menghulurkan bantuan kepada warga emas terbabit bagi mengurangkan beban ditanggungnya.

“Cari makan macam itulah makcik, dalam kesusahan kita ada susah lagi, buat belanja (duit) ini…ia ikhlas,” katanya.

Perkongsian anggota polis itu di akaun media sosial TikToknya, @mpv_shah meraih perhatian dan pujian netizen yang menganggap tindakan pihak berkuasa terbabit sepatutnya dicontohi.

Perkongsian @mpv_shah sehingga kini mendapat lebih 500,000 tontonan dengan 32,800 tanda suka dan 2,472 komen oleh netizen melalui video berdurasi seminit 22 saat itu.

Ada juga memuji kemuliaan hati anggota polis itu yang sudi membantu insan lain tanpa mengira bangsa.

Seorang netizen dengan nama Muhamad Syakir Samah pula meminta semua supaya menghargai ibu yang masih hidup.

“Hargailah selagi masih ada ibu, bila sudah tiada baru tahu erti rindu yang tiada penghujungnya,” katanya.

Loading...
Terkini