comscore
Tumpuan :
Nasional

Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci

MAKKAH: Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci semalam, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini lima orang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk  Mohd Na’im Mokhtar berkata, jemaah berkenaan, Zuraida Mohd Haris, 37, dari Ampang, Selangor meninggal dunia di Hospital King Abdulaziz di sini, pada jam 8.15 malam.

“Allahyarham meninggal dunia disebabkan pendarahan otak sebelah kanan selepas enam hari mendapatkan rawatan.

“Jenazah disembahyangkan di Masjidil Haram sebelum dikebumikan selepas subuh jam 5.07 pagi tadi di Tanah Perkuburan Syuhada Al-Haram,” katanya kepada petugas media di Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) di sini hari ini.

Beliau berkata, lima jemaah haji Malaysia meninggal dunia di sini akibat saluran darah utama pecah, serangan jantung, kegagalan fungsi organ dan pendarahan otak.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini