comscore
Tumpuan :
Nasional

Seorang lelaki dikhuatiri lemas bot terbalik

FOTO HIASAN

BEAUFORT: Seorang lelaki dikhuatiri lemas, manakala empat rakan sekerjanya selamat selepas bot dinaiki mereka terbalik di sungai Batu 64, di sini hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Musai, 60, bersama empat rakan sekerjanya sedang melakukan kerja menarik kabel sebelum bot terbabit terbalik.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6 petang.

Katanya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort bergegas ke lokasi kejadian.

“Setakat ini mangsa belum ditemui. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Loading...
Terkini