comscore
Tumpuan :
Nasional

Seorang lelaki maut jatuh apartmen

Keadaan kereta selepas seorang lelaki dipercayai terjatuh dari apartmen di Taman Sri Murni. (Foto ihsan penduduk)

KUALA LUMPUR: Dentuman kuat jam 4 pagi mengejutkan penduduk disusuli penemuan mayat seorang lelaki di sebuah apartmen di Taman Sri Murni, di sini hari ini.

Difahamkan, lelaki terbabit ditemui di kawasan parkir selepas dipercayai terjatuh dari tingkat atas lalu mengenai kereta milik penduduk yang diletakkan di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata pihaknya menerima laporan jam 4.10 pagi tadi.

“Kejadian berlaku di kawasan pentadbiran Balai Polis Jinjang di sini membabitkan seorang lelaki warganegara India berusia 48 tahun.

“Hasil siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah membabitkan kematian mangsa terbabit ,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa yang merupakan seorang peniaga disahkan mati di lokasi kejadian dan siasatan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini