comscore
Tumpuan :
Nasional

Seorang maut, dua cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Bedong

SUNGAI PETANI: Seorang maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Jalan Lee Latex, Kampung Sungai Tok Pawang, Bedong, di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba I Ismail Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 8.08 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Sungai Petani yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Azlan Abdul Aziz bersama tujuh anggota tiba di lokasi tidak lama kemudian.

“Setibanya di lokasi, didapati berlaku kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu sebuah Toyota Hilux, Honda City dan Perodua Myvi.

“Dalam kejadian itu, seorang daripada pemandu kereta Toyota Hilux berusia 50-an yang terbabit dalam kemalangan itu dilaporkan tersepit dan cedera parah manakala pemandu Honda City dihantar ke hospital.oleh orang awam.

“Pemandu kereta Perodua Myvi berusia 47 tahun cedera parah dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini