comscore
Tumpuan :
Nasional

Seorang maut, kemalangan dua kereta di Bagan Serai

TAIPING: Seorang maut dan tiga lagi mangsa cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Simpang Empat Semanggol, Bagan Serai, pagi tadi.

Menurut kenyataan Penolong Pengarah JBPM, Sabarodzi Nor Ahmad, panggilan kecemasan mengenai kemalangan diterima pada jam 7.06 pagi.

Sebaik pasukan bomba tiba di lokasi kemalangan didapati nahas melibatkan dua buah kenderaan iaitu kereta jenis Toyota Yaris dan Perodua Myvi.

Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan KKM.

Manakala 3 lagi mangsa mengalami kecederaan.

Mayat dan mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Taiping.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini