Tumpuan :
Nasional

[KEMAS KINI][VIDEO] Seorang maut, Lamborghini terbabas sebelum terbakar

Sebuah Lamborghini terbabas dan terbakar menyebabkan pemandunya maut di Kilometer 57.1, Jalan Bentong-Karak – FOTO: Ihsan bomba

BENTONG: Seorang maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta Lamborghini dinaiki mereka terbabas sebelum terbakar di Kilometer (KM) 57.1 Jalan Bentong-Karak arah Timur di sini, hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam kenyataannya memaklumkan, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 9.32 pagi.

Menurutnya, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong dikejarkan ke lokasi.

Berdasarkan laporan, Lamborghini terbabit dipercayai terbabas ke dalam longkang sebelum terbakar.

“Terdapat dua orang mangsa dengan seorang tersepit di dalam kenderaan disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Seorang lagi mangsa yang turut mengalami kecederaan dihantar ke hospital oleh orang awam,” kata kenyataan itu.

Sementara itu polis mengesahkan pemandu yang maut itu, lelaki tempatan Fung Swee Yen, 62 tahun.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superitendan Zaiham Mohd Kahar berkata, seorang mangsa penumpang yang merupakan wanita warganegara tempatan berusia 47, dirawat di Hospital Bentong.

“Penumpang wanita tersebut mengalami kecederaan melecur di bahagian tangan dan kaki, kini berada dalam keadaan stabil,” katanya dekat sini, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini