comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Lelaki bertopeng serang Balai Polis Ulu Tiram

JOHOR BAHRU: Seorang anggota polis ditembak manakala seorang lagi ditetak oleh seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis Ulu Tiram di sini, awal pagi tadi.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira 2 pagi tadi, apabila suspek seorang lelaki bangsa tidak dikenalpasti yang berpakaian gelap dan bertopeng menyerang balai polis berkenaan dengan bersenjatakan parang.

FOTO: NSTP

Beliau berkata, suspek mencederakan dua orang anggota polis yang bertugas dan merampas dua laras senjata dan melepaskan dua das tembakan terhadap seorang anggota yang bertugas menyebabkan kecederaan di bahagian bahu serta perut.

Menurutnya, mangsa yang terbabit dikenali sebagai Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar yang ditetak di bahagian belakang leher dan kepala dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said (ditembak di bahagian perut dan lengan).

Balai Polis Ulu Tiram yang dipercayai berlaku kejadian ceroboh dan serangan terhadap anggota polis.-Foto media sosial.

Katanya, kejadian juga mengakibatkan kematian.

Sementara itu, usaha mendapatkan pengesahan kes berkenaan daripada polis masih gagal sehingga kini.

Berita lanjut menyusul

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini