comscore
Tumpuan :
Nasional

Seorang maut, lima cedera ketika berlumba haram

Keadaan di lokasi susulan kemalangan enam motosikal malam tadi.

IPOH: Seorang penunggang motosikal maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan yang dipercayai berpunca daripada kegiatan lumba haram di KM187.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan awal pagi ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima maklumat pada jam 1.50 pagi tadi berkaitan kemalangan membabitkan enam motosikal jenis Yamaha Y15ZR dari arah Plaza Tol Alor Pongsu menghala ke Bukit Merah.

Beliau berkata, lelaki yang berumur 20 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala lima penunggang yang lain mengalami pelbagai kecederaan.

“Kesemua yang cedera dibawa ke Hospital Taiping dan Parit Buntar bagi menerima rawatan manakala lelaki yang maut dibawa ke Hospital Parit Buntar bagi tujuan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Yusri berkata, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, dan beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan di talian 057210539 atau 0136200564. – BERNAMA

Loading...
Terkini