comscore
Tumpuan :
Nasional

Seorang maut nahas 3 treler, dua kenderaan di Slim River

Kemalangan menyebabkan kesesakan sejauh empat kilometer berikutan kesemua lorong terhalang.

IPOH: Seorang pemandu treler maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan termasuk tiga treler di KM382.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan, berhampiran Slim River, awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 1 pagi tadi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River dikerahkan ke tempat kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan membabitkan tiga treler muatan besi, sebuah Nissan X-trail dan Proton Iris.

Seorang lelaki berumur 44 tahun tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan yang turut dikejarkan ke tempat kejadian.

“Mangsa yang tersepit telah dikeluarkan dengan peralatan khas dan penggunaan dua kren. Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehingga kini, tiada maklumat lanjut berkaitan mangsa yang maut.

Mayat dibawa ke hospital berhampiran untuk bedah siasat.

Menurut Twitter PLUS, kemalangan itu menyebabkan kesesakan sejauh empat kilometer berikutan kesemua lorong terhalang dan kerja-kerja pengalihan kenderaan terbabit kemalangan sedang dilakukan. – BERNAMA

Loading...
Terkini