comscore
Tumpuan :
Nasional

Seorang maut, seorang cedera parah dalam 2 kemalangan berbeza di Perak

FOTO: JBPM Perak

Oleh: Kumaran Rajamoney

IPOH: Seorang wanita maut dalam satu kemalangan di Kilometer 288, Lebuhraya WCE arah utara dekat Air Tawar, awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Perak dalam satu kenyataan memaklumkan kemalangan berlaku sekitar jam 1.30 pagi tadi.

“Pasukan kami dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Air Tawar yang tiba di lokasi kejadian mendapati kenderaan jenis Proton X50 yang dipandu mangsa terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Pemandu Proton X50 maut selepas kenderaannya itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM288 Lebuhraya WCE. FOTO: JBPM Perak

“Mangsa yang tersepit dikeluarkan menggunakan peralatan khas. Mangsa disahkan maut ditempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia, dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, PGO JBPM Perak juga memaklumkan seorang wanita parah dalam kemalangan di KM235.8 Lebuhraya PLUS Arah Utara sekitar jam 2.56 pagi.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia dengan sebuah lori. Pemandu kereta, seorang wanita tersepit dan mengalami patah kaki kiri.”

Seorang wanita yang tersepit dalam kereta dibantu pihak JBPM di KM235.8 Lebuhraya PLUS Arah Utara. FOTO: JBPM Perak

“Anggota dari BBP Kuala Kangsar membantu mengeluarkan mangsa dan dihantar ke hospital untuk rawatan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini