KAJANG: Seorang wanita parah manakala lima lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Kajang Perdana, di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dikerah ke lokasi sejurus terima panggilan pada 9.50 pagi.
“Jentera tiba di lokasi pada 10 pagi mendapati kemalangan membabitkan van Toyota Hiace, ambulans, kenderaan pelbagai guna (MPV) Starex dan motosikal Yamaha Y15 serta Nouvo LC.
“Terdapat seorang mangsa wanita, penunggang motosikal tersepit tetapi berjaya dikeluarkan oleh bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, wanita yang tersepit berkenaan parah, manakala tiga lelaki dan dua wanita kesemuanya warga tempatan cedera ringan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.