comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Seorang rentung, seorang parah dalam kemalangan babitkan lori muatan batu

JELEBU: Seorang rentung manakala seorang lagi cedera parah dalam satu kemalangan berhampiran Jeram Toi, di Bukit Tangga, Jelebu pagi tadi.

Kemalangan yang berlaku pada jam 9.26 pagi itu membabitkan sebuah lori muatan batu dan sebuah kereta jenis Proton Persona, menyebabkan kedua-duanya terbabas ke dalam gaung sedalam 20 kaki.

Ketua Zon 3 JBPM Negeri Sembilan, Yusry Abdulah Sani berkata, ekoran daripada pelanggaran tersebut, kereta yang dipercayai dinaiki seorang mangsa telah terbakar 100 peratus dan mengakibatkan mangsa rentung 70% dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Manakala pemandu lori mengalami kecederan parah. Kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Jelebu.

“Kemalangan melibatkan sebuah lori dan sebuah Persona yang telah jatuh ke dalam gaung la. Kereta Persona tu sedang marak dan terbakar. Pihak bomba mengambil keputusan untuk mengeluarkan mangsa daripada lori yang masih hidup dewasa India dan dihantar ke Hospital Jelebu.

“Kemudian kita fokus mangsa kedua di bawah gaung jugak sedalam 20 kaki. Sukar sikit untuk kita mengeluarkan mangsa kerana telah remuk. Kita terpaksa keluarkan cebisan mayat.” ujarnya.

Identiti mangsa yang rentung masih belum dikenal pasti dan pihaknya menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Loading...
Terkini