comscore
Tumpuan :
Nasional

Serangan balai polis: Koperal Hasif stabil, masih dirawat di HSI

JOHOR BAHRU: Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, anggota berusia 38 tahun itu berada dalam keadaan stabil.

“Koperal Mohd Hasif masih dirawat di hospital dan keadaan beliau stabil,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam serangan pada jam 2.45 pagi Jumaat lalu, dua rakan setugasnya, Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, terkorban dalam kejadian itu.

Suspek serangan itu yang berusia 21 tahun juga maut di lokasi kejadian.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini