comscore
Tumpuan :
Nasional

Serangan libatkan institusi penting negara: Polis pantau keselamatan tahap tertinggi

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail semasa sidang media selepas Majlis Peluncuran Garis Panduan Penapisan Filem Baharu di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memantau keselamatan dan ketenteram dalam negara pada tahap tertinggi susulan beberapa insiden serangan melibatkan institusi penting negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, polis kini sedang menyiasat sama ada setiap kes berkenaan berkaitan antara satu sama lain.

“Insiden yang berlaku serangan Balai Polis Ulu Tiram, ancaman bunuh terhadap Ahli Parlimen Seputih… serangan terhadap Balai Polis Dato Keramat, Pulau Pinang termasuk percubaan pencerobohan istana negara ini berlaku dalam tempoh masa yang dekat.”

“Polis sedang memantau situasi ini dengan rapat dan pihak polis juga sudah memulakan siasatan segera bagi setiap kes dan berada dalam keadaan berjaga-jaga untuk mengelakkan sebarang insiden lanjut,” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas Majlis Peluncuran Garis Panduan Penapisan Filem Baharu di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata siasatan kini menjurus sama ada ianya merupakan serangan secara terkoordinasi mahupun individu.

“Sebab itu saya sebut di Johor itu lone wolf setelah kita siasat dan ambil keterangan bagi setiap kes, ada yang elemen mabuk di Pulau Pinang itu mabuk.

“Jadi ada kes yang kita yang syak sebagai mental pun ada tetapi terlalu awal jadi biar pihak polis established semua dahulu. Adalah penting setiap siasatan tanpa sebarang andaian dan spekulasi,” tegasnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini