comscore
Tumpuan :
Nasional

Serangan seksual, dera fizikal, emosi : kes tertinggi dalam kes dera kanak-kanak di Pahang

FOTO: Zulkhairi (dua dari kiri) memotong kek bersama kanak-kanak pada Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat negeri Pahang 2022.- NSTP

KUANTAN: Sebanyak 378 kes penderaan kanak-kanak direkodkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang dalam tempoh hampir 11 bulan tahun ini.

Pengarah JKM Pahang, Datuk Zulkhairi Zainol Abidin, berkata daripada jumlah itu serangan seksual, penderaan fizikal dan emosi menjadi kes tertinggi menyaksikan 279 kes membabitkan mangsa di bawah umur 18 tahun.

Katanya, ia diikuti pengabaian yang mencatat sebanyak 61 kes, dibuang dan tiada ibu bapa sebanyak 17 kes serta 27 lain-lain kes.

Kuantan mencatat kes penderaan dan pengabaian tertinggi iaitu 168 kes dan diikuti Temerloh (58 kes), Pekan (25 kes), Bera (23), Jerantut (21), Maran (20), Cameron Highlands (18), Raub (13), Lipis (13) dan Bentong (9).

Beliau berkata, JKM Pahang memandang serius isu berkaitan kanak-kanak yang berlaku di negeri ini.

Justeru pelbagai usaha dilakukan dalam memastikan kes penderaan tidak terus berlarutan berlaku.

“Perlakuan ke atas mangsa kebanyakannya perbuatan ahli keluarga, selain jiran dan rakan mangsa yang mengambil kesempatan.

“Pelbagai faktor menyebabkan berlakunya kes penderaan ini, antaranya kesempitan hidup, sikap panas baran dan tekanan,” katanya pada Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat negeri Pahang 2022, di sini semalam.

Program itu disertai lebih 100 kanak-kanak membabitkan dua rumah kanak-kanak kendalian JKM.

Pada majlis sama, turut diadakan penyampaian sijil pelantikan dan penghargaan ahli Lembaga Pelawat Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, di sini.

Zulkhairi berkata, JKM mengambil inisiatif memberi kesedaran kepada kanak-kanak supaya berkongsi maklumat sekiranya menjadi mangsa penderaan dan meminta kerjasama semua pihak membantu mangsa dalam mendapat pembelaan.

Loading...
Terkini