comscore
Tumpuan :
Nasional

Setiausaha Agung PKR harap penyelesaian segera krisis di Sabah

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

SHAH ALAM: Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menggesa penyelesaian segera kemelut menjejaskan kepemimpinan parti itu di Sabah.

Dalam ucapannya pada Konvensyen 25 Tahun PKR sempena sambutan ulang tahun ke-25 parti itu di sini hari ini, Saifuddin, yang juga Menteri Dalam Negeri, mengakui kepemimpinan parti Sabah dilanda ‘pergolakan’.

“Saya salute (tabik) Sabah (PKR). Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, terdapat beberapa pergolakan yang menjejaskan parti,

“Saya harap akan ada penyelesaian segera untuk ‘pergolakan’ ini.

“Tolong jangan panjangkan lagi,” katanya.

Saifuddin merujuk kepada isu yang menjejas kepemimpinan PKR Sabah, yang dilanda krisis selepas 15 daripada 26 ketua bahagian di negeri itu meminta penyandang pengerusi Datuk Sangkar Rasam berundur.

Di sebalik seruan itu, Sangkar bertegas untuk kekal apabila beliau berkata keputusan mengenai jawatan pengerusi negeri adalah hak prerogatif Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar ketika lawatannya ke Kota Kinabalu semalam, berkata kepemimpinan tertinggi PKR akan memutuskan siapa yang akan menerajui bahagian Sabahnya tidak lama lagi.

Katanya, lebih 10 nama telah dikemukakan untuk jawatan tertinggi parti di negeri berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini