comscore
Tumpuan :
Nasional

SG4 akan bantu jayakan agenda nasional – Hadi

Oleh: Fahmi Tajuddin

TEMERLOH: Fungsi penubuhan SG4 dalam kalangan empat negeri pimpinan Perikatan Nasional (PN) adalah untuk bersama menjayakan agenda nasional.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata penubuhan syarikat itu juga adalah bertjuan untuk memanfaatkan kedudukan geografi negeri-negeri terlibat.

“Dalam SG4 ini, Kedah dan Perlis di Pantai Barat, manakala Kelantan dan Terengganu di Pantai Timur, walaupun terikat dengan federelisme dan bidang kuasa negeri yang terhad, kita boleh memanfaatkan kedudukan negeri yang penting dari segi geografi.

“Kewujudan SG4 bukanlah bertujuan untuk bersaing dengan mana-mana negeri atau menjadi ancaman kepada mana-mana pihak persekutuan, sebaliknya sebagai pelengkap atau compliment yang akan membantu menjayakan agenda nasional,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Muktamar PAS kali ke-70, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Hadi juga meminta kerajaan Persekutuan untuk menghormati konsep ekonomi berlandaskan kesaksamaan dan adil.

“Kerajaan Persekutuan perlu menghormati konsep federalisme bagi membantu menaikkan negeri-ngeri ini secara adil dan saksama,” tambahnya.
Muktamar Pas ke-70 berlangsung pada 14 hingga 15 September 2024, di Kompleks Al-Makmur, Kerdau Temerloh, Pahang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini