Tumpuan :
Nasional

Sharifah Amani selamat melahirkan cahaya mata lelaki

Sharifah Amani dan suaminya, Ahmed Faris berkongsi berita kelahiran cahaya mata pertama, Ahmed Mohsein yang dilahirkan kelmarin. – Foto Instagram/Sharifah Amani

KUALA LUMPUR: Pelakon Sharifah Amani berkongsi berita gembira apabila selamat melahirkan cahaya mata lelaki diberi nama Ahmed Mohsein, kelmarin.

Khabar gembira itu dikongsi oleh Sharifah Amani dan suaminya, Ahmed Faris dikongsi dalam laman sosial Instagram, petang tadi.

“Assalamualaikum, kenalkan anak lelaki kami, Ahmed Mohsein Ahmed Faris yang dilahirkan pada 26 Jun 2024.

“Alhamdulillah, ibu dan anak berada dalam keadaan baik. Terima kasih kepada semua yang mendoakan,” tulisnya.

Ramai rakan artis yang turut tumpang gembira dan menitip ucapan tahniah. Antaranya, Daiyan Trisha, Siti Saleha, Nabila Huda, Shukri Yahaya, Iedil Putra dan ramai lagi.

Februari lalu, Sharifah Amani atau nama sebenar, Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 38, berkongsi berita kehamilan menerusi video pendek yang dimuat naik di Instagram.

Klip video itu memaparkan reaksi suaminya, keluarga dan rakan-rakan rapat apabila menerima perkhabaran gembira itu.

Sharifah Amani mendirikan rumah tangga dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Impact Integrated itu pada 10 September 2022.

Mereka disatukan di sebuah lokasi di Kuala Lumpur secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan rapat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini