comscore
Tumpuan :
Nasional

Siasat segera individu fitnah PM sebagai ejen Israel

Foto hiasan

Oleh Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa untuk menyiasat secara menyeluruh mana-mana individu yang didapati menyebarkan fitnah mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Putrajaya, Mohamad Syazreen Ezam Mohd Saidi berkata, tuduhan tersebut tidak boleh dibiarkan kerana ia turut melibatkan kedaulatan dan keselamatan negara.

“Kami ingin menggesa pihak polis untuk segera membuka kertas siasatan agar perkara terbabit dapat dihentikan kerana tuduhan ini tidak masuk akal, tidak berasas dan perlu diambil tindakan,” katanya ketika ditemui pemberita sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Presint 7, di sini hari ini.

Beliau berkata, tohmahan terhadap Presiden PKR itu terus berpanjangan sebaik sahaja Datuk Seri Anwar mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-10 pada 24 November lalu.

Menurut Mohamad Syazreen Ezam, bukti-bukti mengenai tuduhan tersebut akan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Kami perasan satu audio tular di aplikasi WhatsApp oleh seorang individu yang mengatakan kononnya Datuk Seri Anwar mendapat pertolongan dari Israel, manakala semalam terdapat hantaran perkara sama di laman Facebook dikaitkan dengan sebuah parti politik,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP A. Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis tersebut.

Loading...
Terkini