Tumpuan :
Nasional

Siasatan BAM: ‘Whistleblower’ sudah serah maklumat kepada SPRM, seorang individu penting disiasat

KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki mengesahkan, pemberi maklumat atau whistleblower tampil kepada agensi itu untuk mendedahkan mengenai salah laku kepimpinan tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Beliau berkata, siasatan SPRM ketika ini tidak membabitkan dakwaan surat layang.

Azam juga mengesahkan, beberapa individu sudah dipanggil memberi keterangan termasuk penelitian beberapa dokumen yang diambil sejak siasatan itu berlangsung.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan lanjut mengenai siasatan berkenaan.

Kelmarin, media melaporkan, seramai lima pegawai daripada SPRM hadir di pejabat BAM di sini pada Selasa lalu bagi meneliti beberapa dokumen termasuk minit mesyuarat bagi tujuan siasatan.

Terdahulu, BAM dalam satu kenyataan mengesahkan pegawai SPRM mengunjungi pejabat badan induk itu minggu lalu bagi mendapatkan maklumat tertentu.

Kenyataan itu berkata, badan induk itu memberikan kerjasama penuh sepanjang kehadiran pegawai berkenaan.

Loading...
Terkini