comscore
Tumpuan :
Nasional

Siasatan ke atas anak bekas PM tiada kaitan kes Daim – SPRM

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas seorang anak bekas Perdana Menteri tiada kaitan dengan siasatan yang sedang dijalankan terhadap bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Bercakap kepada New Straits Times, sumber SPRM mendedahkan ia bukan kali pertama anak bekas Perdana Menteri itu bertemu dengan penyiasat SPRM.

“Kehadirannya di ibu pejabat SPRM, semalam untuk siasatan berasingan yang tiada kaitan dengan siasatan yang sedang dijalankan ke atas Tun Daim.

“Kami memanggilnya untuk mendapatkan kenyataannya direkodkan dua atau tiga kali sebelum ini, menjelang akhir tahun lepas dan setakat ini, beliau memberi kerjasama baik, “katanya.

Bagaimanapun, sumber itu mengesahkan mereka tidak merekodkan sebarang kenyataan lanjut daripada anak bekas PM itu pada pertemuan semalam.

“Tetapi notis telah dikeluarkan,” katanya namun enggan mengulas lanjut mengenai notis itu.

Sumber itu menambah SPRM akan mengeluarkan kenyataan mengenai kedua-dua siasatan itu, hari ini.

Difahamkan, siasatan terhadap anak bekas PM itu turut dikaitkan dengan beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan aktiviti perniagaan yang didakwa menjadi sebahagian daripadanya pada akhir 1990-an dan awal 2000.

Difahamkan juga, siasatan SPRM tertumpu terutamanya kepada syarikat milik individu berkenaan yang didakwa anak syarikat GLC.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini