Tumpuan :
Nasional

Siasatan kes Faisal Halim oleh USJT Bukit Aman – KP Selangor

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan

SHAH ALAM: Kes membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim yang disimbah asid berada di bawah siasatan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata demikian ketika dihubungi untuk status terkini siasatan kes itu.

“Siasatan oleh USJT Bukit Aman. Kena minta komen (kenyataan) Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,” katanya ringkas.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri, Najwan Halimi memaklumkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini bahawa, kerajaan negeri masih menunggu laporan siasatan kes berkenaan.

Najwan memaklumkan Speaker DUN Selangor sudah menulis surat kepada pihak polis berhubung usul yang dipersetujui secara konsesus dalam sidang DUN pada Julai lalu, yang mahukan laporan siasatan didedahkan kepada umum.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini